Friday, January 1, 2016

Keselarasan Energy Ilahi

7 latif merupakan sebuah latihan yang mengfokuskan keselarasan antara energy Ilahi dengan hati nurani. Energy alam semesta bermacam wujud, positif dan juga negative. Apabila anda selaraskan hati Nurani anda dengan energy Ilahi anda sebenarnya telah selaraskan diri anda dengan diri yang paling dalam yang ada dalam diri anda.
Segala sesuatu energy akan selalu berinteraksi dengan anda, setiap energy akan mempengaruhi energy anda. Apabila anda selaraskan diri anda pada sebuah energy yang fitrah asal kejadian anda . Maka energy ini mempengaruhi diri anda.
Fitrah kejadian adalah sebuah penyelarasan titik awal kewujudan anda. Apabila diri anda dan diri yang paling dalam anda di selaraskan. Maka hanya gelombang fitrah kejadian asal atau fikuansi ilahi sahajalah yang dapat mempengaruhi hidup anda.
Bayangkan jika hanya energy yang selaras dengan anda sahaja yang mempengaruhi hidup anda, bayangkan pula betapa indahnya hidup anda. Segala tindakan anda selaras dengan fitrah kehidupan Azali anda.
Anda mulakan hidup anda dengan kehidupan yang selaras dengan energy anda. Anda hidup sebagai fitrah seorang muslim. Kehidupan anda di selaraskan sebagai kehidupan seorang muslim. Jika satu saat anda bertemu dengan seseorang yang mempunyai niat yang tidak selaras dengan fitrah seorang muslim, dengan sendirinya energy anda akan menolah untuk berinteraksi dengan seseorang itu atau energy anda akan mempengaruhi seseorang itu memasuki wilayah keselarasan energy anda. Dia terpaksa menjadi orang yang selaras dengan fitrah hidup anda. Maka kehidupan menjadi semakin indah kerana diri fitrah anda selaras dengan diri anda. Saling berkomunikasi dan saling melengkapi antara satu sama yang lain.





No comments:

Post a Comment